Monday 11 June 2012

Mata adalah anugerah..


            Mata adalah anugerah illahi yang terlalu besar nikmatnya bagi manusia. Oleh itu, kita sebagai hambanya haruslah menjaga mata kita dengan baik. Hal ini termasuk juga dengan menjaga penglihatan kita. Kita hendaklah menjaga penglihatan kita dengan melihat perkara-perkara yang baik seperti melihat kebesaran Allah melalui keindahan alam yang terbentang luas. Janganlah mensia-siakan anugerah yang diberikan oleh Allah S.W.T. Bagi yang sempurna penglihatannya, syukurilah nikmat ini kerana semua yang dikurniakan adalah pemberian yang Maha Esa.




2 comments: