Saturday 31 December 2011

Balik ke UITM

Bismillahirrahmanirrahim

         Hari ni, kena balik UiTM dah...hmm...cepat sangat masa berlalu. Saja balik awal sikit supaya tak kelam kabut nanti. So, pagi-pagi lagi, emak saya sibuk memasak sarapan bihun goreng. Sedap ^_^  tak percaya cuba try. Lepas masak bihun, mak saya masak nasi ayam. Walaupun kena buat dua hidangan mak saya tetap dapat buat kedua-dua hidangan tu dengan sedap . Nasi ayam tu saya bawa bekal balik ke UiTM.


*Inilah nasi ayam yang emak saya buatkan

        Lepas sarapan, abah dan adik saya hantar saya ke Jeti untuk ambil feri ke Butterworth. Naik feri sambil menghirup udara yang segar memang best. Kemudian ambil bas ke SP n naik teksi ke UiTM. Penat, jalan kaki sampai kolej kediaman. Balik jumpa roommate dan kami share bekal nasi ayam yang saya bawa dari rumah. Alhamdulillah selamat sampai UiTM  Kedah.

Sekian, Wassalam

Pesta Penang

Assalamualaikum...

Tarikh:29 Disember 2011

Tempat:Pesta Penang

           Pada tarikh inilah, kami bertiga yang merupakan sahabat karib merancang untuk berjumpa. Tempat yang kami rancangkan untuk bertemu ialah di Pesta Pulau Pinang. Dua orang sahabat karib saya ialah Ili dan Farah. Kami bertiga ni memang rapat. Pada masa hari tu, Farah dengan Ili agak terkejut melihat saya dari jauh, kata mereka, ketinggian saya makin bertambah pula. Haha ^_^ nampaknya saya makin membesar ke? huhu:( kata orang ketinggian untuk perempuan sampai 18 tahun. Macam mana pula dengan kes saya ni.

         Walau apapun, hal tu takde la serius sangat kot. Apa yang penting ialah kami bertiga dapat bertemu setelah hampir setahun tak dapat jumpa.Haha ^_^. Best la bila kami jumpa, mula2 tu kami jalan-jalan. Time tu pukul 6.00 pm hampir masuk maghrib, kami terus menuju ke Taman Mini untuk ke surau berdekatan bagi menunaikan solat Maghrib pula. Selepas menunaikan solat Maghrib, kami jalan keluar dari kawasan tu , memang cantik sangat Taman Mini tu bila berjalan melalui kawasan itu. Banyak lampu-lampu macam ICT. Pokok-pokok dihias dengan lampu-lampu menyebabkan mata kita terpesona seketika.

             Kemudian, kami memulakan ekspidisi berjalan-jalan di situ sambil melihat  gerai-gerai yang menjual banyak barangan. Kemudian apabila perut mula terasa lapar, saya mengajak kawan-kawan berhenti seketika untuk singgah membeli makanan, kami beli keropok lekor yang panas-panas serta nugget. Haha. ^-^ kenyang perut selepas makan. Kami bercadang nak main permainan kat situ. Lepas tu kami buat keputusan naik permainan paling mencabar iaitu EURO WHEEL...haha xD...Ini adalah gambar tiket yg kami beli..


*Inilah token yang kami beli, banyak tak?


*macam menang wang tunai la pulak,haha ^_^
So, memang best sangat naik euro wheel, apa tidaknya, time euro wheel tu naik tinggi, kita boleh nampak vortex. Pada masa tu lah, kita dengar orang menjerit dengan lebih clear...haha..yang dok kat euro wheel buat relax n selamba ja...haha...


*Ili dan Farah sewaktu naik euro wheel

Lepas tu, kami bertiga lapar dan beli ais krim.
 *Sedap tak nampak ais krim kami?haha xD jangan jealous


  Sambil makan ais krim dan berjalan-jalan kat kawasan pesta tu, member saya Ili ternampak permainan coaster, dia ajak join, saya dan Farah setuju. Nampak macam takde la challengers sangat 
coaster ni, tu dia kecut perut. Abdomen badan lain terutama jantung rasa macam bergegar kot. Takut campur nak tergelak rasanya. Kalau la orang rakam video waktu kami naik coaster tu mesti lawak. Macam-macam reaksi muka yang ada.

     Naik coaster tu kadang kala meletihkan, tapi best. Kami berjalan-jalan dan singgah di pelbagai gerai selepas itu. Selesai berjalan-jalan dan keletihan kami pon ambil keputusan untuk menamatkan ekspidisi kami pada pukul 11.30 pm lebih. Rasa best sangat dan harap agar kami bertiga dapat berjumpa lagi pada masa akan datang.

~TAMAT~
 

Thursday 29 December 2011

Assalamualaikum

Assalamualaikum...

hmm, saya tak tau nak buat apa dengan blog ni. Hari-hari dok bukak, tapi takda apa pon yang menarik.~ huhuhu ~ dah la takdak followers huhu :( ~ ayat pasrah ~ hehe. Tapi walau apa pon..saya tetap akan berusaha juga agar blog saya ada followers haha ~ Ayat Bersemangat ~ Go2 Cayo!

Apa yang menarik hari ini adalah, saya makan nasi lemak time breakfast...

 

* Ini adalah nasi lemak yang saya idamkan nak makan hari tu...
nampak lengkap dengan hirisan separuh telur rebus, sambal , timun , kacang dan sedikit ikan bilis....

Tapi..malangnya, saya tak dapat pun makan nasi lemak yang lengkap macam ni..Apa yang saya dapat makan adalah nasi lemak dengat sedikit sambal,telur dadar yang dihiris halus yg tu pun satu cebis je yang ada (ciput kot..)alahai....nasi lemak oh nasi lemak...ikan bilis dia pulak 3 ulas je...siap boleh kira,....haha...takpa la...nak buat macam kan..nasib baik nasi lemak tu harga dia RM0.50 selamat bukan RM 5.00..ngee ^_^

Ok....apa-apa pon nikmatilah hidangan anda, senyum selalu....Tata....

Assalamualaikum,
Ikhlas dari:
ANIS ZAFIRAH AZIZ




Saturday 24 December 2011

Permulaan Blog..

1st time..bila saya tengok ramai dok bt blog yg 'cute-mute' tu... buat saya tertarik nak buat blog ni...saya pun mula la busy nak buat blog plak...tapi saya takda la pandai sangat menulis ni mcm novelis2 ke...penulis ke...hmm..saya biasa-biasa je..ntah nape..saya teringin plak nak bt blog ni...hmm...ckp pasal menulis ni..sy ada satu hobi yg tak boleh dipisahkan dr hidup sy...Melukis..macam-macam yg aku suka lukis..especially....lukisan anime...sesiapa yg minat melukis ni boleh la follow blog sy ni...boleh la kita berkongsi-kongsi pendapat sama2...yoohoo...perkara yg lain saya suka bt adalah 'editting photo'...ntah sejak bila minat ni lahir dalam diri saya..mcm student yg ambik art n design la plak aku ni...hehe..^_^..apa2 pon...still keep following my blog yea...sekian saja bt masa ini...nnt kita jumpa lagi pada waktu yang lain plak...Tata..Assalamualaikum...