Saturday 31 December 2011

Pesta Penang

Assalamualaikum...

Tarikh:29 Disember 2011

Tempat:Pesta Penang

           Pada tarikh inilah, kami bertiga yang merupakan sahabat karib merancang untuk berjumpa. Tempat yang kami rancangkan untuk bertemu ialah di Pesta Pulau Pinang. Dua orang sahabat karib saya ialah Ili dan Farah. Kami bertiga ni memang rapat. Pada masa hari tu, Farah dengan Ili agak terkejut melihat saya dari jauh, kata mereka, ketinggian saya makin bertambah pula. Haha ^_^ nampaknya saya makin membesar ke? huhu:( kata orang ketinggian untuk perempuan sampai 18 tahun. Macam mana pula dengan kes saya ni.

         Walau apapun, hal tu takde la serius sangat kot. Apa yang penting ialah kami bertiga dapat bertemu setelah hampir setahun tak dapat jumpa.Haha ^_^. Best la bila kami jumpa, mula2 tu kami jalan-jalan. Time tu pukul 6.00 pm hampir masuk maghrib, kami terus menuju ke Taman Mini untuk ke surau berdekatan bagi menunaikan solat Maghrib pula. Selepas menunaikan solat Maghrib, kami jalan keluar dari kawasan tu , memang cantik sangat Taman Mini tu bila berjalan melalui kawasan itu. Banyak lampu-lampu macam ICT. Pokok-pokok dihias dengan lampu-lampu menyebabkan mata kita terpesona seketika.

             Kemudian, kami memulakan ekspidisi berjalan-jalan di situ sambil melihat  gerai-gerai yang menjual banyak barangan. Kemudian apabila perut mula terasa lapar, saya mengajak kawan-kawan berhenti seketika untuk singgah membeli makanan, kami beli keropok lekor yang panas-panas serta nugget. Haha. ^-^ kenyang perut selepas makan. Kami bercadang nak main permainan kat situ. Lepas tu kami buat keputusan naik permainan paling mencabar iaitu EURO WHEEL...haha xD...Ini adalah gambar tiket yg kami beli..


*Inilah token yang kami beli, banyak tak?


*macam menang wang tunai la pulak,haha ^_^
So, memang best sangat naik euro wheel, apa tidaknya, time euro wheel tu naik tinggi, kita boleh nampak vortex. Pada masa tu lah, kita dengar orang menjerit dengan lebih clear...haha..yang dok kat euro wheel buat relax n selamba ja...haha...


*Ili dan Farah sewaktu naik euro wheel

Lepas tu, kami bertiga lapar dan beli ais krim.
 *Sedap tak nampak ais krim kami?haha xD jangan jealous


  Sambil makan ais krim dan berjalan-jalan kat kawasan pesta tu, member saya Ili ternampak permainan coaster, dia ajak join, saya dan Farah setuju. Nampak macam takde la challengers sangat 
coaster ni, tu dia kecut perut. Abdomen badan lain terutama jantung rasa macam bergegar kot. Takut campur nak tergelak rasanya. Kalau la orang rakam video waktu kami naik coaster tu mesti lawak. Macam-macam reaksi muka yang ada.

     Naik coaster tu kadang kala meletihkan, tapi best. Kami berjalan-jalan dan singgah di pelbagai gerai selepas itu. Selesai berjalan-jalan dan keletihan kami pon ambil keputusan untuk menamatkan ekspidisi kami pada pukul 11.30 pm lebih. Rasa best sangat dan harap agar kami bertiga dapat berjumpa lagi pada masa akan datang.

~TAMAT~
 

2 comments:

  1. Wah! Post tentang kita^^
    Woow! Hampa memang tinggi! 16 tingkat, gayat! xD
    Aiks! Solat Maghrib la xD
    Haaa, keropok lekor tu kalau liat sikit, best :b
    Anis, siapa sangka kan... ingatkan naik Euro Wheel ja. Sekali tibai Coaster! Abang Coaster tu tergelak kot tengok muka kita kecut! Ha333! xD
    Harap lain kali dapat keluaq sama-sama lagi!!!

    ReplyDelete
  2. aik, camna boleh tersilap tulis ni, dok bayang pukoi 6 kot...ahaha..tu la pening naik coaster tak abih lagi..ahaha...Keropok lekor tu kena bagi garing sikit lagi kot..Betoi,abg tu pon tergelak tengok reaksi muka kita..ahaha :D

    ReplyDelete